Cinta Allah dan Cinta sesama Manusia

3:34 AM

Jeng jeng jeng...





Haha..Assalamualaikum!!!Lama x bukak cerita...aku shat..korang??/
Hari ni aku terfikir la plak kat orang orang yang sedang bercinta...
dan hendak tahu berdosa atau tidak
Hati remaja selalu berkata, 
apakah salah kami bercinta?
 Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.
Ya ...tak salah!!! Mesti korang happy mendengar ini..
Tapi kena da syarat...


Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH.
 Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!


Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. hahaha....
usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
 Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.Inilah kebanyakan yang dilakukan oleh remaja zaman sekarang..hanya untuk memuaskan nafsu 
Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini dipanggil – Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Aku tahu ...sesetengah orang bercinta mesti wajib ada sesetengah perkara ..contohnya tak namanya bercinta kalau tadik ada dating, tiada ‘bergayut’, tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?
Caya lah beb....tak yah benda tu semua...bercinta dalam hati..
ikutlah peraturan agama..tentunya cinta itu akan lebih indah...
hark3...
Renung2kan dan 
selamat beramal :P...
alamak terlebih sudah
Assalamualaikum
ikhlas dari orang yang perasan lebih


You Might Also Like

0 Comments