. Di sebalik rak 800 {3} .
7:06 AM
SHAHRIZAL ADAM
Dada aku masih lagi merasa kesakitan dari serangan sesak nafas sebentar tadi , mungkin aku gelisah berada dekat dengan nya , mungkin aku hanya memikirkan hari pertama sekolah aku di sini . Aku tidak tahu , Yang pastinya ,sampul surat itu aku telah beri kepadanya , Syazrina Yasmin . Pelajar paling popular di sekolah aku . Yang dikenali semua orang , yang disayangi semua junior , yang disokong semua guru . Kebenarannya , aku juga cenburu dengan nya . Dari saat aku terlanggar dia, Wajah dia yang comel itu tidak dapat aku lupakan ,wajahnya yang bulat , kulitnya yang coklat kemanisan ditambah dengan kemerah merah di pipi . HAHA , aku terbayang strawberi yang dicelup coklat . Ketinggian dan bentuk badannya yang sederhana , Cara dia jalan yang menampakkan dia seorang yang berkonfiden , tinggi cita cita , dan juga ayu .
Sebaik sahaja aku turun dari bas , aku menuju ke rumah aku , rumah banglo yang tersergam indah . Aku panjat tembok rumah aku dan lompat masuk ke dalam . "Shahrizal ! kenapa tak bunyi kan loceng pintu , Pak cik boleh bukakkan ." Pak Cik Wan membaling hos air yang dipegangnya , lari menyambut aku . Aku mencium tangannya " Alah pak cik ni , saya tak nak susahkan pak cik . Ha , air tengah membazir tu , nanti mama marah pulak ."Aku menjuih bibir ke hos air yang sedang memancut air . "OH , betul jugak , baiklah , pakcik pergi dulu , kamu masukklah ke dalam , Datin dah menunggu kamu nak makan " Pak Cik menepuk bahuku . Aku bersyukur mempunyai Pak Cik Wan untuk bekerja dengan mama aku . Dia lah pemandu , pekebun dan juga pengawal keselamatan di rumah aku . Dia menghantar aku ke mana sahaja yang aku minta .Pak Cik Wan telah bekerja dengan keluarga aku selama 10 tahun , dan aku menganggapnya sebagai ayah aku sendiri .
"Assalamualaikum" aku memberi salam lalu menjinjing kasut aku ke dalam rumah untuk disimpan . "Waalaikumussalam , haa , macam mana anak mama hari ini ? Okey ? Sekolah macam mana ? " Ya , bondaku yang aku sayangi .Datin Rozita . Ibu aku menjemput aku pulang dengan senyuman yang meleret sampai ke telinga , Tangannya mendepa hendak memeluk aku , bunyi gelang gelang emas di tangannya berlanggar , lalu mencium dahi aku ." Hari ini okey je mama , Shah masuk kelas 5 Arena , kelas pertama kut , harap harap boleh cope . " . "OH , Baguslah , kamu dah bagi dah surat yang mama suruh tu ? Kamu tak banyak soal kan ? " Kening mama aku berkerut . " Dah bagi dah , surat apa tu mama ? macam mana mama boleh kenal Ina ? Kenapa dia takut tengok surat tu , gelisah semacam je?" Surat yang memberi aku seribu satu jenis tanda tanya masih lagi bermain di fikiran aku . " INA ? ? haha , setahu mama , semua orang panggil dia Yasmin . Nama manja ke Shah ?" Mama aku mengenjut enjutkan keningnya . Darah panas mengalir ke muka aku , muka aku merah menyala . Macam mana aku boleh panggil dia Ina ? " Ah , mama ni , mana Shah tau orang panggil dia apa , shah tanya saja . " Aku berpura pura sibuk menggeladah beg sambil menuju ke meja makan . Mama aku hanya tergelak besar .
..........................................................................................................
SYAZRINA YASMIN
"Assalamualaikum , bu ? " aku mencari cari wajah ibuku tercinta , dimanakah agaknya dia ?Aku menutup pintu rumah ,lalu meletakkan kasut aku di sebelah pintu . Aku menjalan dengan perlahan atas lantai kayu yang usang itu , adik adik sedang nyenyak dibuai mimpi . Tudung saji di atas meja aku angkat , mengintai sajian hari ini , Sayur paku pakis masak lemak dengan ikan bilis goreng , aku tersenyum , itulah makanan kegemaran aku . Tiba tiba pintu depan rumah terbuka , tudung saji di atas meja dengan tidak sengajanya aku terlepas ke atas meja dengan kuat "PAP!" "Amboih , lapar sangat ke Yasmin ? " Ibu aku membuka tali butnya di tangga . "Ibu ! Ibu pergi mana ? Ibu toreh getah lagi ? Kan Min cakap tak payah buat dah ? " Aku dengan cemasnya membantu ibu mengangkat jaket dan butnya . Topi jepun masih lagi tergantung di leher ibu . "Alah , sikit je ni . Ibu nak gunakan duit untuk bayar yuran adik kamu . " Ibu menjawab soalan aku dengan tenang . Aku hanya terdiam , aku tidak mampu berkata apa apa tentang pilihan ibu aku , aku tidak mampu membantunya ,rahsia aku masih lagi tidak diketahui . Selera aku yang tinggi membuak itu turun dengan serta merta "Ibu , Min nak solat dulu , pastu buat kerja sekolah , petang nanti min makan , Min dah makan dengan May Lee tadi kat sekolah , makan nasi goreng , " AKu berpura pura senyum , lalu menuju ke pintu bilik aku , bilik aku ini tidaklah besar mana , yang mampu memuatkan sebuah katil , almari baju 2 pintu dan meja solek yang aku jadikan meja belajar aku .Dinding bilik aku pula berwarna biru muda , dinding aku juga ada kekurangannya , tunggu masa untuk reput dan roboh sahaja . Tapi aku sayang rumah ini , rumah kayu inilah satu satunya memori yang aku ada bersama arwah ayah aku . Aku menyeluk tangan aku ke dalam poket , aku keluarkan sampul biru lembut yang telah direnyukkan ,Macam mana lah Adam boleh ada sampul ini /? Aku degan cemas membuka laci solek aku dan keluarkan sebuah kotak kasut . Aku mengambil sepucuk surat dalam kotak itu dan bandingkan dengan surat yang aku dapat sebentar tadi , alamat yang sama , warna yang sama , stem yang sama , tulisan yang sama , Adam ada hubungan kah dengan dia ? ? ? Aku malas hendak berfikir lagi , lalu membaca surat yang seperti belacan itu .
Bissmillahirahmanirrahim
Kepada anakku yang dikasihi ,
Ina sihat ? dan sebulan mama tak hantar surat dekat Ina , mama rindu surat Ina yang berbau melur . Macam mana hidup Ina sekarang ? Masih lagi pening pening bila stres ? Jangan stes sangat sayang , nanti susah nak belajar , mama nak ucapkan tahniah atas kejayaan Ina dalam ujian pertama Tingkatan 5 , dapat straight kan ? Alhamdulillah ,Mama tahu anak mama ni pandai , Ibu Ina macam mana ? Okey ? Mesti Ina tertanya tanya kenapa surat ini diberi oleh seorang jejaka tampan kan ? Haha , tampan tak ?Sebenarnya Shahrizal Adam tu anak susuan mama , mama susukan dia masa dia kecil , sekarang dia tinggal sebatang kara sebab Ahli keluarga dia semua meninggal dalam kemalangan bas , mama ambilah dia sebagai anak angkat , tapi Ina jangan la ungkitkan hal ini , Ina kawan je lah dengan dia , Adam ni dia menghidap paru paru berair , sebab tu dia selalu tenat , tak ada sesiapa nak kawan dengan dia , semua kata dia pelik .Tapi mama harap Ina kawanlah dengan dia . Bila kita boleh jumpa lagi . Hari jadi Ina boleh tak Ina sambut dekat rumah mama ? Dalam surat ni macam biasa mama ada selitkan duit belajana Ina , tapi kali ni lebih sebab Ina dapat straight A . Belajar bersungguh sungguh . Ibu dengan mama bangga dengan Ina . Sayang Ina . Assalamualaikum
Aku tersenyum selepas membaca , sampul surat biru lembut itu aku ambil semula di sebelah aku dan menyeluk tangan aku , jari jemari aku telah merasa rezeki di dalamnya . Aku keluarkan beberapa keping wang dan mula mengira , .. selalunya RM300 , Kali ni , RM 500 .ALHAMDULILLAH . Ya , Datin Rozita , Mama aku , bukan mama kandung , tetapi seorang yang telah menjaga aku selama 5 tahun sebelum aku menemui Ibu aku . Mama akan menulis dan memberi wang kepada aku supaya aku tidak membebankan ibu , selama 2 tahun kami membalas surat , Ibu aku masih lagi tidak tahu tentang hal ini . Aku akan cuba rahsiakan supaya dia tidak terasa . Shahrizal pula ? haihh , aku perlu fikirkan semula pasal hidup aku ini . Aku akan membalas surat mama esok . Sekarang ini aku hanya mahu merehatkan minda dan membuat kerja sekolah . Bagaimana aku mahu berdepan dengan Adam esok ?
"Min , banyak nya duit , mana dapat ni ? " Ibu aku berdiri di hujung katil aku , dengan sepantas kilat aku mengambil surat2 yang bersepah sumbat dalam kotak kasut dan sorokkan ke bawah katil , " Err , Err , tak de ape lah mama ," " hah ? " "Eh mama pulak , Ibu ! haa "
Akan bersambung lagi
1 Comments