Bismillahirahmanirrahim . Ana dah lama tak update blog kan ? Ana tahu semua rindu belaka . cewah , tak leh belah aku . K , jangan persoalkan kata ganti nama diri "ana" , sebab memang ana memang nak ubah diri untuk menjadi seorang yang sopan santun , dulu rock yea yea ja. haha . Apa apa pun , ana nak ceritakan kisah yang ada kena mengena dengan tajuk yang trang tang tang kat atas tu . JENG JENG JENG\
Sebenarnya ana baru sahaja balik dari KPI - Kem Penghayatan Islam anjuran RM (Rakan Masjid UTP) . Ya ana tahu , mesti antum2 yang baca ni terkejut kingkong ye dak ? Perubahan drastik yang ana buat dari zaman sekolah , ke zaman University , I'm a different person now .Ana ahli RM , Lajnah Strategi & Dakwah . Dalam banyak2 lajnah , ana masuk yang itu . OK , ana dapat rasakan biji mata antum semua terbeliak besaq. Antum yang mengikuti perkembangan ana dari ana form 1 sampai sekrang , ana tahu ni semua memang perubahan yang drastik . graf yang melonjak 90 darjah . Ana bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ana antara ramai2 yang ada di dunia ni , terpilih untuk sedar akan cahaya hidayah Allah SWT . Back to topic , I just came back from this awesome camp , dan ana dipilih untuk menjadi masulah KPI tersebut , tanggungjawab ana adalah untuk menggerakkan resolusi kami . Berat sungguh amanah ini kan ? Tapi ana pelik , macam mana dalam ramai2 yang berpotensi , ana jugak yang terpilih , pada malam muhasabah diri , ana telah mengkongsikan kisah zaman jahiliyyah ana pada semua peserta kem, yet I'm the one that is chosen . Bandingkan dengan Mas'ul yang dipilih , Fakhri , sahabat ana jugak , ana ni tak layak lah . Ramai yang ana kenal dalam KPI boleh sahaja petik ayat al quran dan huraikan depan khalayak , bandingkan dengan ana , apa pun tidak dihafal , termasuklah ayat hafazan sekolah . Ana tak dak ilmu agama yang tinggi , cetek sangat, tahap kekeringan . Ana rasa sangat down to earth dekat UTP sebab ana dari sekolah harian biasa , result trial biasa ja , memang pelajar sederhana . Kat sini sahabat2 ana semua KP , naqibah , MPP , dan sebagainya .
Ana pun dipilih sebagai Hi-Com Media Team RM Junior . Ana memang tak sangka , dan ana rasa ana tidak layak , kenapa dalam ramai2 , ana jugak dipilih , pasti ada hikmah . Ana harap sangat dapat menjalankan tanggunggjawab kerana ini adalah amanah.
Soal layak tidak layak ini semakin merobek isi minda otakku , Lagi lagi bila diperingatkan dengan "sebelah kaki seorang pemimpin sudah sedia terjejak ke pintu api neraka" . Mungkin bagi sesetengah orang , menjadi seorang pemimpin itu memang impian mereka . Tapi bagi ana , kalau ana tak layak , rasa nya baik pilih orang lain yang lebih layak . Walaupun ana tahu , muslimat yang undi ana 3 orang je , Allah maha mengetahui dan telah memilih ana untuk menjadi mas'ulah KPI , bukan pemimpin sangat pun , tapi seseorang yang handle sesuatu , seseorang yang diharapkan untuk menggerakkan badan . Sepanjang pengalaman di sekolah , ana tahu bagaimana rasanya tetapi di peringkat universiti ana tak sangka yang amanah yang ana pegang ini terasa beratnya pada bahu.
Tugasan banyak , ujian. Clash dengan kelas , assignment , Quiz , dan test jugak UJIAN . Menghadiri meeting setelah sepanjang hari kelas 8 jam , UJIAN . Ana harap sangat ana dapat mengawal masa dan stress ana agar tidak mengganggu kesihatan ana . Ana redha dengan ketentuan Tuhan , dan ana pasti Allah tahu ana dahagakan didikan , ilmu , dan tarbiyah daripadaNya . In shaa Allah , sepanjang pengalaman ana memegang amanah ini, ana akan belajar sebanyak yang mungkin. Orang lain sudah ada ilmu , baru memimpin , ana pula dalam pimpinan menimba ilmu , boleh dak macam tu ? Wallahualam. Semoga Allah kurniakan rasa nikmat dan rasa manis dalam kesusahan, pengorbanan , dan kepayahan ni
KPI :)
Itu sahaja lah kot yang ana ingin kongsikan . Semoga Allah jauhkan rasa riya' ,ujub , takkabur dan sum'ah dalam diri ana. Amin . Assalamualaikum
0 Comments