. Bila kita kena ngorat .
1:58 AMQuestion : Hi , Apa khabar ? Answer : Alhamdulillah , Allah telah menghadiahkan aku kesihatan mental dan fizikal , untuk membezakan yang mana baik , yang mana buruk, dan aku cukup waras untuk mengenali lelaki dengan niatnya terhadap aku . Question : Hi tengah buat ape tu ? Busy ke ? Kenapa tak reply ? Answer : Aku tengah baca blog tentang kepentingan menjaga ikhtilat . aku rasa kau pun kena baca jugak , nah link. Question: Nak nombor telefon boleh ? Answer: Kau nak nombor aku ? boleh. Kalau kau rasa dengan nombor telefon aku kau dapat menjauhi diri dari arah zina, silakan. Kalau kau rasa dengan tindakan kau sekarang mendapatkan pahala aku tak kisah . Kalau kau rasa kau rajin nak SMS kongsi tazkirah dengan aku , boleh jugak. Question: Can we be friends ? Answer: I am quite offended that you haven't considered me as a sister. We're muslims , We're a family. Kita bersaudara , kenapa minta untuk berkawan. Kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Kita ada tanggungjawab yang sama. Walaupun bersaudara ada batasan, ikhtilat. Tahu tak ikhtilat tu apa. Pi tanya ustaz. Question: Kenapa awak tak reply awak benci saya ke Answer: Astagfirullahalazim , aku hanya menyelamatkan kita dua dari azab Allah. Nabi mengajar umatnya jangan saling membenci , tak nampak ke usaha aku sebagai saudara seislam yang cuba membantu kau? Question: Awak , huhu saya ada masalah ni. Tolong saya. Answer: Salah nombor agak nya , kau ada masalah mengadu kat Allah SWT , bukan pada sesiapa pun. Hanya Allah sahaja yang layak mendengar rintihan kau tu, dalam sujud. ayat 86 , surah yusuf , "I complain to Allah , for my sorrow and grief." Question : Kita pernah berjumpa ke , sebab saya macam pernah tengok muka awak. Answer: Subhanallah , ingat ke ? Kita pernah berjumpa dalam alam roh sebelum ditiupkan ke dalam rahim ibu, Alhamdulillah , Allah bagi kau simpan ingatan tu Question : Saya selalu tengok awak dekat kantin, awak cantik lah Answer : Ya memang aku cantik , Allah telah mencantikkan wajah aku ni, in semua daripadanya . Tapi dengan muka ini jugak mungkin aku akan diseret ke neraka sebab menjadi fitnah kepada ajnabi.
So , tunggu apa lagi, jom perbaiki diri . Activate self protection. Sincerely by , hamba Allah yang sedang berhijrah
0 Comments