.Handmade Bag .

7:20 AM

 
Salaam ya akhi ya ukhti . I'm so so so damn tired right now. Penat bekerja . Biasalah .*chewah* buat macam diri ni punchcard pukul 8 pagi , padahal kerja menjahit ambil tempahan kat rumah je . So sejak sejak ni aku sibuk kan ? Ya , memang  pun . aku ambil tempahan menjahit beg . Alhamdulillah , Hari ni aku siapkan tempahan adik Nurin (Junior hi tech) . Cotton Tote Bag . Tote Bag ni ada lining , So memang tahan lasak , luar dalam cotton . dan aku buat sendiri ya . Bag ni boleh disiapkan dalam sehari , kalau aku takde kerja lain . Boleh tempah sulam nama kalau berminat .Harga tak tetap sebab ikut harga customer . Simple dan Cute :) 




Comel kan ? macam aku . *tolong muntah di dalam mangkuk tandas anda* Harga untuk beg ni RM32 , RM28 untuk beg sahaja , + RM4 untuk sulam .Harga Sulam ikut saiz .

Beg pink ni sama macam beg tote kat atas tu , cuma yang ni 2 fabrik . yang ni leceh sikit , so harga RM35 . Haha. Banyak lagi beg yang aku buat . Contohnya . Reversible Round Tote . Bag ni luar dalam boleh guna . hehe . Comel kan ? haha. Sesuai untuk letak telekung .




Ada lagi ada lagi . Yang ni pula Children's Back Pack . Sesuai untuk sesiapa yag ada anak kecil . bawa gi jalan jalan ke , tadika ke .



 (Okey , abaikan background katil tu ) 
Please take note that I made all these bags with my own hands. Tolong jangan complain pasal harga tu :') Hargai lah titik peluh aku  , please ? and tolong lah promote2 at sesiapa yang dekat2 area Kulim ni thank you my dearest followers , readers .
So , tukar topik macam tukar baju , *eh kemenda aku ni* Sebenarnya aku ni baru relaxkan minda dengan main piano lagu disney, aladdin , little mermaid, beauty and the beast. Aku penat hari ni , buat beg , pastu g daftar adik aku kat sekolah , nak masuk tingkatan satu . Pastu teman mak aku beli barang lagi . Aku dah jarang tidur tengah hari sekarang ni , tu yang lepas mengaji tertidur sementara tunggu masuk isha, aku solat jemaah , so tak yah risau kalau aku akan tertinggal atau tidak. nanti kena herdik ngan ayah . hehe. Tangah dengan kaki aku agak pedih sebab kena air mendidih yang tertumpah masa tengah buat air teh tadi , 
Sebenarnya aku tengah cari waktu nak keluar nak hantar request lukisan dekat Melissa . Lukisan apa ek ? yang ni lah.
 Excited kejap . Aku minta maaf Liyana , gambar kau mungkin lambat sikit , sebab agak sibuk sekrang ni . Aku sebenarnya tercari cari piano notes untuk lagu Sami Yusuf Asmaul husna. Sedap betul .
 Azwa : Saya bersyukur kepada Mu Ya Allah, rezeki Mu kepadaku adalah ni'mat hidupku .




You Might Also Like

0 Comments