. Rakan Masjid Tercinta .

9:09 AM

Bismillahirahmanirrahim , a week has passed by , and I'm here with my UPU results , Alhadmulillah I got UIA , it's what I wanted from the start. But , It's sad , knowing that I'll be leaving such a beautiful surrounding. Ana sebenarnya sayang nak tinggalkan geng 4.0 , dan rakan masjid .
Ana ingat lagi , first first masuk UTP dulu , betapa terkejutnya ana dengan bi'ah solehah dekat situ. Ana bukannlah seorang yang seperti ana sekarang , antum baca post yang lama pun antum akan kenal ana ni macam mana , ok la kita buat throwback yea ?
Ana seorang pelajar yang nakal dan jahat , serius talk , ana tak mau cakap panjang , sesiapa yang pergi KPI , ana dah cerita dah kisah zaman jahil ana dahulu , betapa derhakannya ana pada ibu bapa , betapa derhakanya ana pada guru , dan ana juga dah ceritakan macam mana ana sedar sepenuhnya , hidayah itu harus dicari , dan Alhamdulillah , ana sudah peroleh cahaya ilahi yang ana cari selama ni , sekrang penghijrahan ana belum selesai , ana masih lagi merempuhi segala jenis dugaan dan cabaran , terutama sekali yang zahir sekali konep menutup aurat dan ilmu agama yang basic. Ana masih lagi belajar , berguru , dan cuba untuk menyempurnakan iman. Iman manusia bertambah dan berkurang , kadang  kadang ana tersesat jalan , kadang kadang ana lupa.
Bila ana masuk UTP , ana memang kagum yang sebuah IPTS boleh mewujudkan suasana islamik yang mengagumkan . Ana tertarik dengan akak akak comel yang menyambut kami , semua pakat bertudung labuh , berhandsock dan berstokin. Membuatkan ana pula yang risau , adakah dress code UTP begini? Dalam minggu MAS , ana dapat tahu yang akak abang yang ber-vest di masjid tu rupanya Rakan Masjid , ana rasa tertarik dan memang bukan satu keputusan yang menrugikan ana masuk UTP , sebab memang ana berazam nak mantapkan iman bila masuk UTP 
Ana diperkenalkan dengan smart group , Kak Ummi yang membahagikan kami , dan di situlah ana berkenalan dengan ahli smart group ana yang comel comel belaka. Tak dilupakan jugak akak naqibah , kak Nadhirah Hailami dan Kak Nomi . I love youuuu . SG , walaupun waktu kita bersama tidk panjang , ana bersyukur dapat bertemu dengan antunna semua , waktu yang diluangkan bersama tidak akan ana lupakan , nama antunna semua sentiasa berada dalam doaku.


Ana menghadiri interview Rakan Masjid untuk menjadi Ahli . Ana mula mula nak masuk LRKK , letak first choice , tapi hati tergerak nak masuk LSD pulak , letak second choice. Ana tertarik dengan kak Laila Izyana sebenarnya , akak cantik sangat berpurdah , tu yang tertarik tu , hehe , Alhamdulillah , ana diterima masuk Lajnah Strategi Dakwah , melalui lajnah ni ana banyak belajar tentang tanggungjawab seorang dai'e , dan cara cara untuk berdakwah , sesungguhnya sebagai umat nabi SAW itulah perkara yang wajib dibuat .Melalui LSD , ana experience usrah pertama ana, ana experience tadarus , memberi tazkirah , dan ukhuwwah yang terbina antara ahli LSD sangat manis , ana suka sangat pergi usrah lajnah , kalau ana stress , pergi usrah mesti dapat tenangkan fikiran , kakak kakak LS D semua baik dan comel belaka. Ana uhibbukum fillah ! Ana pulak diletakkan dibawah unit Liqa'dalam LSD , ana tak dapat nak contribute sepenuhnya dalam unit ni sem lepas , harap semua kesilapan diampun. Ana berat sangat nak lepaskan LSD , ana sayang LSD sangat sangat. sangat sangat sangat . LSD perform , dan terus perform !  

Tak dilupakan juga kem yang ana pergi , terutama sekali kem KPI , ana dilantik menjadi mas'ulah . Walaupun ana sendiri tahu ana jahil dalam bidang macam ni . Ana cuba yang terbaik . I gave my best.  KPO ana takde rezeki nak join , dengan harapan sem 2 nak join dengan may 14 , tetapi tak sambung UTP dah. huhu .Sedihnya tak dapat nak sambung menimba ilmu di UTP lagi . hukhukhuk 

Termasuklah sahabat seperjuangan ana , RMJ , rakan masjid junior, sahabat yang sporting ! Kepada RMJ , ana asif ala kulli khilafi , ana mungkin bukan seorang  sahabat yang baik terhadap antum , tapi percayalah melalui antum semua lah ana banyak belajar tentang islam , banyak belajar mengurus organisasi .Antum semua telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup ana. Ana minta maaf sekiranya ana bukan lah penolong ketua media yang antum harapkan , tetapi ana dah cuba yang terbaik . Ana uhibbukum fillah , ukhuwwahfillah abadan abada. in shaa Allah.
  

Kepada semua nya sekali , terima kasih kerana sudi menerima ana dalam keluarga rakan masjid antum , You have taught me a lot , I'm glad that Allah SWT gave me a chance to be in UTP to experience all of this with you guys . Perjuangan kita tak terhenti di sini In shaa Allah , selagi nyawa dikandung badan , selagi imaan bertakhta di hati , akan ana laksanakan tanggungjawab , memperjuangkan islam , membangkitkan anak muda islam, menyedarkan mereka, dengan ilmu yang ana ada , doakan ana ya.  Ana sendiri terkejut dengan penampilan ana sendiri sekrang bandingkan dengan 4 bulan yang lepas , doakan ana istiqamah ya ? Semoga antum semua berjaya dunia akhirat , kalau ada jodoh kita jumpa lagi , kalau takde nanti kita jumpa di syurga Allah , In shaa Allah 

Rakan Masjid sentiasa di hati 


You Might Also Like

0 Comments