. pukul tu tanda sayang .

11:14 PM

. Assalamualaikum kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang .

Yeahhh . selamat hari Friday korang . haha . yang kaum Adam tu dah solat ke belum ? ngeee . tak boleh lupe tauuu . Hari mood aku elok sangat sebab aku dapat tidur 2 jam . walaupun sekejap , sekurang kurangnya kurang la letih aku ni . hoho .

Semalam tengok aunt aku marah anak dia . teringat balik zaman kuno dulu . time mak aku garang . kalau kita perasan mak lebih garang bila ada anak kecik . bila semua dah besar besar dia cuma marah sakit hati . tapi tak marah giler2 sampai pegang hanger ataupun paip air tak pun rotan , atau talipinggang dan sewaktu dengannya .

masa aku sekolah rendah dulu . aku pernah sorok homework cina aku . sebab time tu aku benci buat buku buku latihan . terutama yang melibatkan karangan . hehehe . sorok dlam stor . pastu kantoi la ngan mak . yang aku pun blur sorok dalam stor tak terfikir pun yang mak aku  tu selalu kemas stor . Time ni aku tinggal dekat taman KTC depan bomba . bumbung biru . so stor dia kecik je . bila mak jumpa buku tu . ape lagi kene pukul la . haha .

aku pernah kena tampar sampai mulut berdarah sebab cakap bodoh dekat adik aku . masa tu umur 5 kut . tadika lagi . sejak hari tu aku dah tak sebut perkataan perataan yang tak elok depan family aku . ape lagi ek ? kena kurung dalam tandas . kena denda tidur luar . kena rotan . kena pukul . heeee . aku tak kisah sangat . She did it because she love me ! wheee . I love you mum . Currently missing you . hemm . kat sini tak de orang nak bebel pun . semua orang baik sangat . sendiri pun rasa bersalah nak buat salah .  Korang jangan la tensyen sangat bila mak hukum . *aku tensyen giler , lepastu ok la balik * sampai cakap yang bukan bukan . kalau aku tensyen kena marah . aku ngadu kat kawan kawan . sorang pun jadi la . lepas tu ada dua kemungkinan . 1 , kawan akan support kebaikan yang mak buat . 2 . kawan akan ajak kita buat perkara yang derhaka ibubapa . so , nak ngadu pilih la kawan yang beriman .kawan kawan aku akan cakap " tak pe lah . mak kau buat tu pun ada kebaikan . salah kau jugak buat cam tu . dia kan mak kau . blah blah blah ... "  . 


Cuba bayangkan kalau mak ayah tak marah kalau korang cakap perkataan yang kotor . akibat : akan gunakan perkataan dalam pertuturan depan orang ramai . SANGAT MEMALUKAN . nanti parents sendiri yang menyesal sebab manjakan sangat masa korang kecik . Sesetengah tu , bukan salah parents , pengaruh kat luar banyak sangat . ish ish . dunia nak kiamat dah .


Sebagai konklusi , EVERY PARENTS LOVE THIER CHILDREN . AND ONLY BEATS OR SCOLDS THEM FOR THE BEST  . Hmmm . i talk too much dont you think ?


Azwa : Glad to be your reminder :) 


Sweet Rawrs From Azwa 

You Might Also Like

0 Comments